Dikuasakan oleh Blogger.
"Like" Kami Di Facebook
 
X
Memaparkan catatan dengan label umum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label umum. Papar semua catatan

Mod Incognito - Layari Laman Sesawang Seperti Seorang Ejen Rahsia

Rabu, 28 November 2012

Adakah anda selalu melayari laman sesawang menggunakan WIFI syarikat anda? Atau menggunakan mana-mana sumber WIFI terbuka dan anda tidak mahu segala kandungan laman sesawang yang anda lawati itu dari dijejaki oleh majikan atau pemilik sumber WIFI tersebut? Kini dengan peranti mudah alih anda, anda mempunyai pilihan untuk menyembunyikan segala jejak anda di laman sesawang iaitu dengan menggunakan Mod Incognito. Mod Incognito didatangkan kepada semua jenis peranti Android yang menggunakan versi Android 4.0 dan keatas. Contoh dibawah ialah antaramuka sesawang Google yang biasa.

Untuk ke Mod Incognito, anda hanya perlu menekan pada ikon pelayar bertindih di sebelah kiri ikon penanda buku[bookmark].

Kisar iPad Mini, Nexus 7 dan Kindle Fire HD

Khamis, 8 November 2012

Oh Mat Salleh, kadang-kang aku pun tak faham apa motif di sebalik ujian mengisar iPad Mini, Nexus 7 dan Kindle Fire HD ni. I cant think la. Daripada kisar baik bagi aku.


Paparan Masa Hadapan Dari Samsung?

Isnin, 5 November 2012


Samsung Display mahu menggunakan paparan yang lebih telus, fleksibel, dan boleh dilipat pada masa yang sama. Oleh yang demikian, Samsung Display sekarang sedang giat untuk mengeluarkan peranti baru yang menggunakan paparan fleksibel. Persoalannya, bilakah kita akan dapat melihat peranti baru dengan paparan sedemikian?

Menurut OLED-DISPLAY, Samsung Mobile Display sudah sedia untuk menyampaikan prototaip mereka pada suku ke empat tahu ini. Samsung menggunakan teknologi LITI bagi mencapai resolusi 300 ppi untuk panel fleksibel mereka.

Terdapat khabar angin mengenai peranti skrin fleksibel pertama dari Samsung akan digunakan pada model B9150 ...
Lihat video di bawah ...



Aksesori Baru Untuk Samsung Galaxy Note II - Smart Dock

Khamis, 1 November 2012

Samsung telah mengumumkan aksesori terbaru untuk Galaxy Note II yang di beri nama Smart Dock [Dok Pintar]. Dok Pintar ini menyambungkan Galaxy Note II dengan menggunakan port pengecas iaitu melalui lubang microUsb yang terdapat pada gadget tersebut.



Nexus 7 Tablet Pertama Dari Google

Isnin, 15 Oktober 2012



Tablet Android pertama Google dinamakan Nexus 7 kini diperkenalkan secara rasmi oleh Hugo Barra, Pengarah Pengurusan Produk di Google pada 27 Jun 2012 ketika persidangan rasmi Google Input Output. Aku dah lama teringin nak pakai benda alah ni tapi tengah tunggu bila la ada jual kat Malaysia kan?
Ianya akan dijual pada harga $199 Dolar Amerika (RM597 duit Malaysia) untuk model 8GB manakala $249 Dolar Amerika (RM747) untuk model dengan memori dalaman 16GB. Tapi ni harga tak rasmi la. Tak tau harga rasmi kat Malaysia berapa nanti. Harap-harap xla mahal.

Yang membezakan kedua-dua versi ini adalah memori dalaman sahaja. Fungsi lain adalah sama dan ianya hanyalah wifi tablet. So memang xboleh letak sim kad.

Spesifikasi, Nexus 7 

  • memiliki Wifi, 
  • membawakan sistem operasi Android 4.1 Jelly Bean, 
  • nipis 10.45mm, berat 34kg, skrin 7 inci, 
  • resolusi maksima 1280×800 piksel dengan densiti piksel sebanyak 216ppl setiap satu, 
  • RAM 1GB, cip pemproses berkepantasan 1.3Ghz berciri quad core (empat teras), 
  • pemacu grafik dari jenama Nvidia, kamera depan dengan lensa 1.3Mp, 
  • palam MicroUSB dan kuasa bateri 4325miliamph untuk penggunaan berterusan dalam 5-7 jam sekali cas.
 
Copyright 2012-2013 Soal Jawab Android Malaysia