Dikuasakan oleh Blogger.
"Like" Kami Di Facebook
 
X
Memaparkan catatan dengan label Khabar Angin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Khabar Angin. Papar semua catatan

APLIKASI KAMERA DARIPADA ANDROID VERSI 4.3 JELLYBEAN

Jumaat, 28 Jun 2013

Khabar angin mengatakan bahawa Android Versi 4.3 Jelly Bean semakin hampir dengan hari pelancaran rasminya dimana platfom ini sedang dicuba pada peranti Galaxy S4 GE, Nexus 7 dan Nexus4.

Setakat hari ini, aplikasi kamera dari peranti Android 4.3 telah terbocor di internet.





Bagi mereka yang ingin mencuba sendiri pengalaman dari aplikasi kamera ini boleh muat turun kedua-dua fail zip dibawah dan flash menggunakan CWM Recovery.

Pautan Kamera
Pautan Libs

Sumber sammobile.com dari phandroid.com.

LEAK FIRMWARE JELLY BEAN 4.2.2 UNTUK SAMSUNG GALAXY SIII

Rabu, 29 Mei 2013

Baru-baru ini, pihak Sammobile telah mengeluarkan Leak Firmware untuk Samsung Galaxy SIII dengan Android Versi 4.2.2 Jelly Bean. Naik taraf perisian ini membawakan banyak pembaharuan dari segi antaramuka[user interface] dan banyak lagi.











Berikut adalah antara perubahan yang terdapat di dalam naik taraf perisian ini:

- Android 4.2.2 – Build ID: JDQ39
- New S4 Lockscreen: Multiple Widgets, two Unlock effects (Ripple and Light), improved ripple effect than Android 4.1.2, ability to change clock size and set a personal message
- New Screen modes (From S4): Adapt Display and Professional Photo
- Daydream
- Driving mode
- Actionable notifications
- New Additions in Notification Center
- Completely revamped Settings UI (Tabbed interface – Exactly like the S4)
- Addition of Voice controls (Let’s you control various parts of the phone using voice commands – Galaxy S4 feature)
- Gallery modes have white background (When changing gallery modes to 3D the background changes to white)
- Full screen Samsung apps
- New S-Voice (from S4)
- New smart switch widget


Menurut Sammobile lagi, naiktaraf perisian ini masih dalam peringkat percubaan dan bukan naik taraf peringkat akhir kerana pihak Samsung dikatakan akan menggunakan fungsi kamera daripada Samsung Galaxy SIV dan diadaptasi pada naik taraf akhir.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jika anda ingin merasai sendiri pengalaman Android Versi 4.2.2 ini di peranti kesayangan anda, anda boleh ikuti tutorial cara mengemaskini perisian dibawah.

Nota: Melakukan naik taraf dengan menggunakan perisian tidak rasmi akan menyebabkan waranti yang disediakan pihak Samsung akan terbatal secara automatik. Melakukan naik taraf ini juga akan meningkatkan Binary Counter pada peranti anda. Jadi, ikuti segala langkah dengan betul dan patikan anda tahu apa yang anda cuba lakukan. Segala risiko melakukan naik taraf ini adalah tanggungan anda sendiri.

-Muatturun dan pasangkan Samsung Kies.
-Muatturun dan pasangkan Samsung Usb Driver.
-Muatturun Samsung Firmware untuk Gt-i9300 Leak Firmware. Extract firmware yang anda muatturun tadi dan anda akan mendapat fail .md5 atau .tar.md5 berserta lain-lain fail.
-Muatturun Odin v3.07[abaikan jika odin telah disertakan dengan Firmware]

Pastikan peranti anda telah dicas penuh atau minimum 80% kuasa bateri masih tersisa di dalamnya.

Jika peranti anda menggunakan Custom Firmware atau Custom Recovery, ianya akan digantikan dengan Official Leak Firmware dan Official Recovery memandangkan ini adalah Official Leak Firmware.

Memandangkan proses penaiktarafan ini MUNGKIN akan memadam data peribadi yang terdapat di dalam peranti anda, anda disarankan untuk melakukan Backup terlebih dahulu yakni menyalin segala data yang PENTING bagi anda ke tempat lain.

Pastikan Usb Debugging telah didayakan. Jika belum, pergi ke setting>developers option dan tandakan pada USB debugging.

Dah cukup semua kelengkapan? Jom kita mulakan.

Langkah 1: Matikan peranti anda dan masuk ke mod Download. [ menggunakan butang kombo Vol-, Home, dan Power] seterusnya Vol+ untuk melepasi tanda amaran.

Langkah 2: Buka aplikasi Odin dan kemudian sambungkan peranti ke pc menggunakan Kabel USB. Petak ID:COM akan bertukar kepada warna kuning, ini bermakna Odin dapat mengenalpasti peranti anda. Jika tidak, cuba pasang Driver sekali lagi dan pastikan Samsung Kies tidak berjalan semasa proses ini. Samsung Kies seperti abang besar yang tidak memberi kebenaran untuk adiknya Odin beroperasi.

Contoh gambar dibawah adalah untuk rujukan sahaja.




Seterusnya isikan fail yang di extract td ke PDA, PHONE dan CSC.

PDA: fail dengan format .tar
PHONE: fail dengan perkataan "modem". Abaikan jika tiada.
CSC: fail dengan perkatan "csc". Abaikan jika tiada.
PIT: Masukkan pit file ke kotak pit.[jika pit disediakan bersama firmware yang dimuat turun. abaikan jika tiada]

Periksa pilihan Auto Reboot dan F. Reset Time telah ditandakan. Pastikan juga Re-Partition tidak ditandakan. Anda hanya perlu menandakan Re-Partition JIKA anda menggunakan fail Pit.

Tekan butang START dan tunggu hingga proses selesai.

Tablet anda akan Restart dengan sendirinya apabila perkataan PASS muncul di Odin.

Jom cuba apakah rasanya Jelly Bean ini. Semoga berjaya.

Mari bantu kami menyebarkan maklumat. Share di Facebook dan Google+

Adakah Ini Skrin Fleksibel Dari Samsung?

Khamis, 3 Januari 2013

Sepanjang tahun 2012 yang lalu, pelbagai khabar angin mengenai Samsung yang dikatakan bakal mengeluarkan peranti baru dengan paparan fleksibel dan tidak boleh pecah. Jika contoh video dibawah adalah mewakili salah satu peranti baru dari Samsung yang menggunakan paparan fleksibel, ianya tidaklah sefleksibel mana kerana Motherboard dah bateri diletakkan berasingan. Apa pendapat korang?


Paparan Masa Hadapan Dari Samsung?

Isnin, 5 November 2012


Samsung Display mahu menggunakan paparan yang lebih telus, fleksibel, dan boleh dilipat pada masa yang sama. Oleh yang demikian, Samsung Display sekarang sedang giat untuk mengeluarkan peranti baru yang menggunakan paparan fleksibel. Persoalannya, bilakah kita akan dapat melihat peranti baru dengan paparan sedemikian?

Menurut OLED-DISPLAY, Samsung Mobile Display sudah sedia untuk menyampaikan prototaip mereka pada suku ke empat tahu ini. Samsung menggunakan teknologi LITI bagi mencapai resolusi 300 ppi untuk panel fleksibel mereka.

Terdapat khabar angin mengenai peranti skrin fleksibel pertama dari Samsung akan digunakan pada model B9150 ...
Lihat video di bawah ...



Sekilas Pandang: Samsung Galaxy Note N7000 Dengan Jelly Bean Firmwares

Dalam kesibukan Samsung mencipta pelbagai model telefon pintar yang baru, mereka tidak lupa tentang kebajikan pengguna keluaran pertama phablet dari gergasi elektronik dunia iaitu Galaxy Note dengan mengemaskini sistem operasi yang sedia ada daripada versi android 4.0.4[Ice Cream Sandwich] kepada 4.1.1[Jelly Bean]. Memandangkan ini belum di pastikan dengan rasmi oleh pihak Samsung, berkemungkinan juga mereka akan mengemaskini ke versi 4.1.2 sebelum di sebarkan ke seluruh penguna Galaxy Note.

Ini sedikit imej screen capture untuk korang.
 Dari apa yang kita dapat lihat disini, Samsung telah menyelitkan bersama pelancar Nature UI yang sama seperti digunakan pada Samsung Galaxy SIII, Note II dan SIII Mini sekaligus menambahkan lagi ahli dalam keluarga yang diinspirasikan dari alam semulajadi. 
Kalau korang nak cuba install firmwares ni kat Note korang, boleh download firmwares dia kat SINI.
Disebabkan ianya firmware belum rasmi, korang gunakan dengan risiko sendiri ok.

Samsung Galaxy S IV Bakal Menggunakan Prosesor Exynos 5450?

Rabu, 31 Oktober 2012


Selepas Samsung menggunakan Exynos 5250 di dalam Galaxy Nexus 10, ia seolah-olah yang tidak cukup bagi mereka, Jadi mereka mungkin akan mencipta pemproses yang lebih berkuasa dipanggil Exynos 5450 (nama kod Adonis).

EXYNOS 4412 1.4 – 1.6 ghz quad-core   Cortex – A9
EXYNOS 5250 1.7 ghz dual-core             Cortex – A15
EXYNOS 5450 2.0 ghz quad-core           Cortex – A15



Samsung Exynos 5450 akan mempunyai Empat-teras Cortex-A15 dan pengeluaran besar-besaran itu akan bermula pada suku pertama 2013. Samsung akan membawa prestasi yang lebih tinggi dan penggunaan kuasa yang rendah dengan menggunakan processor ini di dalam peranti baru iaitu Galaxy S IV. Samsung juga belum memutuskan apakah jenis bahan binaan utama dalam pembuatan Galaxy S IV memandangkan terdapat bantahan dari belia Korea sendiri kerana menggunakan plastik sebagai binaan utama.

Memandangkan ianya hanyalah khabar angin, jadi kita tunggu dan lihat kemunculan gadget terbaru dari Samsung kelak.

Sumber

"Nexus X" Nexus Versi Sony?

Selasa, 16 Oktober 2012

Baru-baru ni terdapat khabar angin bahawa pihak LG bakal mengeluarkan sebuah lagi peranti dari keluarga Nexus dengan sistem operasi Android 4.1.2 Jelly bean.

Hari ni pulak lepas aku mengGoogle, terjumpa pulak post dari Android Police ni. "Nexus X".




Ini hanyalah khabar angin sahaja. Mungkin ya mungkin tak. Tp agak pelik Nexus X ni sebab tak sama macam adik beradik dia yang lain iaitu tak mempunyai bentuk bujur bulat di bahagian bawah rekaan telefon ni.

Betol atau tak biar masa yang tentukan. Tp kalau lagi banyak peranti Nexus dikeluarkan dari pelbagai pengeluar pun bagus jugak. Banyak pilihan boleh di buat. Pada pendapat aku keluarga Nexus adalah peranti yang banyak orang nantikan kerana peranti Nexus paling cepat boleh dapat kemaskini bila Google keluarkan versi android yang terbaru. Aku pun sebenarnya lebih suka AOSP (Android Open Sourse Project) kerana ianya asli. Themes, launchers, widgets semua kita boleh download ikut suka dari Play Store. Betul tak?
 
Copyright 2012-2013 Soal Jawab Android Malaysia