Dikuasakan oleh Blogger.
"Like" Kami Di Facebook
 
X
Memaparkan catatan dengan label rooting. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rooting. Papar semua catatan

HOW TO ROOT NINETOLOGY PEARL MINI

Rabu, 10 Julai 2013



Root paling mudah tanpa menggunakan PC 

Untuk mendapatkan root access, anda perlu lakukan root method dgn install POOT apk..

Download: Poot.apk -> http://www.mediafire.com/?75ww25t45v4rw7k

1) Mula2 pergi ke settings > application > preferred
install location > Internal device storage.

2) Install poot.apk di "internal memory". Selesai install JANGAN BUKA. Click "done" je.

3) Kemudian pergi ke settings > storage > unmount sd card.

4) Pergi ke drawer dan cari Poot app, kemudian copy Poot app ke homescreen (buat shortcut kat home). Masuk semula ke app drawer dan buka Poot app, Poot app akan meminta anda install Ministro II, follow je dia akan direct anda ke Playstore utk install Ministro.

5) Kemudian anda HARUS update Ministro library, update!

6) Sesudah update Ministro Library anda akan melihat 2 pilihan:
-1. "Press here to Poot"
-2. “Built in root check”

7) Pilih "Press here to Poot". Phone anda akan jadi gelap blackout habis! Tak boleh sentuh ape2 dah! Cabut bateri je, kemudian hidupkan balik phone anda 

9) Tiap kali phone hidup dia akan update memory kan? CEPAT2 buka Poot app yg ada di homescreen tu! Dan klik "Press here to Poot".

10) Kemudian muncul pilihan:
-1. Get Superuser
-2. Get root-checker
-3. In-built rootchecker

Tak perlu pilih apa2, apabila anda lihat pilihan2 diatas, phone anda telah root dgn jayanye! Keluar Poot app 

Last sekali, install Supersuser dan Root checker dari Playstore 

!!! PASTIKAN UPDATE SU BINARY DALAM SEPERUSER !!!

SELAMAT MENCUBA 


Thanks to Guaner Guu @ Gnum
Sumber: XDA melalui gnum-x.com

Artikel asal ditulis oleh Fyrus Pyro @ Gnum

HOW TO ROOT SAMSUNG GALAXY SIII 4.2.2

Khamis, 6 Jun 2013

Jika anda telah mengemaskini Samsung Galaxy SIII anda kepada Android versi 4.2.2 Leak Firmware sepertimana artikel kami sebelum ini dan ingin mendapatkan akses Root untuk peranti anda, artikel ini khas untuk anda.

NOTA: Melakukan proses Root menyebabkan waranti yang disediakan oleh pihak pengilang secara automatik akan terbatal. Baca dan fahamkan sebelum membuat apa-apa tindakan kerana pihak kami TIDAK akan bertanggungjawab terhadap sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku kepada peranti anda.

Perkara pertama anda perlu lakukan adalah dayakan USB Debugging terlebih dahulu. Tak jumpa Developer Options dimana? Mari kami tunjukkan.

Jika anda mengunakan Android Versi 4.2.2 secara lalainya Developer Options telah disorokkan dan anda perlu membukanya secara manual.
-Pergi ke Setting>More>About Devices dan tekan beberapa kali di bahagian Build Number sehingga naik mesej seperti dibawah.


Langkah seterusnya:
-Muat turun dan pasangkan Samsung USB Driver
-Muat turun dan pasangkan Samsung Kies
-Muat turun Odin v1.83
-Muat turun Cf-Root-SGS3-v6.4.zip dan extract ke pc anda.

Pakej Root ini turut disertakan bersama CWM Recovery v5.5, SuperSU v0.93 dan CWM Manager v3.60.

Dah cukup semua kelengkapan? Jom kita mulakan.

Langkah 1: Matikan peranti anda dan masuk ke mod Download. [ menggunakan butang kombo Vol-, Home, dan Power] seterusnya Vol+ untuk melepasi tanda amaran.

Langkah 2: Buka aplikasi Odin dan kemudian sambungkan peranti ke pc menggunakan Kabel USB. Petak ID:COM akan bertukar kepada warna kuning, ini bermakna Odin dapat mengenalpasti peranti anda. Jika tidak, cuba pasang Driver sekali lagi dan pastikan Samsung Kies tidak berjalan semasa proses ini. Samsung Kies seperti abang besar yang tidak memberi kebenaran untuk adiknya Odin beroperasi.


Contoh gambar dibawah adalah untuk rujukan sahaja.

Masukkan File Cf-Root-SGS3-v6.4.rar pada bahagian PDA dan pastikan bahagian Auto Reboot dan F.Reset Time telah ditandakan. Re-Partition biarkan tidak bertanda.

Tekan butang START dan tunggu hingga selesai apabila perkataan PASS keluar di petak Odin.


Tahniah! peranti anda sekarang telah berjaya mendapat akses Root.




TUTORIAL ROOT, PASANG CWM RECOVERY DAN CUSTOM JELLY BEAN ROM UNTUK NINETOLOGY INSIGHT

Khamis, 30 Mei 2013

Tutorial cara bagaimana mendapatkan akses Root untuk peranti Ninetology Insight i9430.  Ninetology Insight adalah antara barisan peranti terbaik daripada Ninetology dimana ianya dikuasakan oleh Android versi 4.0.x Ice Cream Sandwich, paparan 4.3 inci One Glass Solution dan 8.0 megapixel kamera. Jika anda mencari tutorial bagaimana untuk Root peranti Insight anda, anda di tempat yang betul. Teruskan bacaan anda.

Nota: Root peranti dikira sebagai melakukan modifikasi terhadap perisian/software dan boleh menyebabkan waranti yang disediakan oleh pihak pengeluar dikira batal. Segala risiko melakukan proses Root adalah tanggungan anda sendiri. 

Anda dah baca nota diatas? Masih nak teruskan? Jadi mari kita mulakan.

Apa yang anda perlukan adalah, gunakan Tool SRSRoot. Rujuk artikel kami disini
.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Selesai Root? Langkah seterusnya ialah memasang CWM Recovery pada peranti kesayangan anda. Caranya lebih kurang sama dengan dengan Ninetology Black Pearl II iaitu menggunakan MobileUncle Tools.

Langkah 1: Muat turun aplikasi Mobileuncle Tools secara percuma di Gedung Play.
                 Muat turun Recovery Image untuk Ninetology Insight dan unzipkannya.

Langkah 2: Buka aplikasi Mobileuncle Tools yang anda muat turun sebentar tadi dan Grant akses root pada aplikasi ini. Seterusnya pilih Recovery Update dan cari recovery.img yang anda muat turun sebentar tadi.


Tekan ok dan seterusnya tekan ok untuk reboot ke Recovery Mode bagi memastikan CWM Recovery anda berfungsi dengan baik. Jika CWM Recovery anda berfungsi dengan baik, anda disarankan terus ke bahagian backup dan backup keseluruhan Stock Rom anda untuk kegunaan masa hadapan.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ok sekarang tiba masanya untuk pasang Custom Rom Jelly Bean V4.1.1 untuk Ninetology Insight.

Perkara utama yang anda perlu lakukan adalah muatturun Custom Rom terlebih dahulu.
-Muat turun bahagian 1 disini
-Muat turun bahagian 2 disini

Anda perlu gabungkan kedua-dua bahagian satu dan dua menjadi satu file. Jika anda tiada aplikasi untuk mengabungkan file ini, muat turun aplikasi ini untuk PC anda.

Cara untuk memasang Custom Rom:

Masukkan file yang telah anda gabungkan tadi kedalam kad Sd anda.

Kemudian boot masuk ke Mod Recovery.
Clear Cache dan Dalvik Cache.
Pilih Install Update From SDcard dan cari fail yang anda muat turun sebenta tadi.
Pilih Yes dan tunggu proses pemasangan hingga selesai.
Akhir Sekali, pilih Reboot System Now.

Selesai Update, peranti anda akan boot dalam bahasa Cina dan anda perlu menukarkannya kepada bahasa pilihan anda secara manual.

** Known Bugs:
com.android.phone akan Force Cloce selepas setiap kali peranti dihidupkan. Tetapi fungsi telefon masih lagi dapat berfungsi.

Semoga berjaya.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Special Credit:


------------------------------------------------------------------------------------------------------------
#Betulkan kami jika ada info yang salah. Kami hanya menyebarkan maklumat. Segala ucapan terima kasih haruslah diberikan kepada rakan-rakan di atas. 

#Email kami di pgk720291@gmail.com jika anda ingin menyumbang ScreenShot selepas kemaskini.

[Tutorial] ROOT NINETOLOGY BLACK PEARL II

Sabtu, 25 Mei 2013

Tengah hari tadi admin baru beli sebiji Ninetology Black Pearl II dan cuba untuk root peranti ini. Kami menggunakan satu Tool untuk windows yang diberi nama SRSRoot. Tool percuma ini dikatakan telah berjaya Root 41866 peranti dengan peratusan kejayaan sebanyak 49%.



Kami dah cuba dan berjaya root Ninetology Black Pearl II dan rasanya model lain pon boleh jgk..

Muat turun disini.

[TUTORIAL] ROOT NINETOLOGY PALETTE i5300

Ahad, 12 Mei 2013



Tutorial cara bagaimana mendapatkan akses Root untuk peranti Ninetology Palette i5300.  Ninetology Palette i5300 adalah peranti super bajet yang dikeluarkan oleh pihak Ninetology dimana peranti tersebut  dikuasakan oleh Android versi 2.3.x Gingerbread. Jika anda mencari tutorial bagaimana untuk Root peranti Palatte anda, anda di tempat yang betul. Teruskan bacaan anda.

Nota: Root peranti dikira sebagai melakukan modifikasi terhadap perisian/software dan boleh menyebabkan waranti yang disediakan oleh pihak pengeluar dikira batal. Segala risiko melakukan proses Root adalah tanggungan anda sendiri. 

Anda dah baca nota diatas? Masih nak teruskan? Jadi mari kita mulakan.

Apa yang anda perlukan adalah, muatturun fail yang kami sertakan dibawah.

Usb Driver: http://adbdriver.com/upload/AdbDriverInstaller.exe
Unlock Root V2.3.0: http://joo.pp.ua/1/UnlockRoot2.3.0.rar


Kemudian pasangkan USB Driver yang dimuatturun tadi ke pc anda dan seterusnya Extract Unlock Root v2.3.0 di mana-mana bahagian di dalam pc.

Melalui peranti Ninetology Palatte kesayangan anda:
-aktifkan data dan auto-sync[setting>account & sync]
-Tandakan sumber tidak diketahui[unknown source][setting>applications]
-Tandakan USB Debugging[setting>applications>development]

Setelah selesai di peranti anda, Sambungkan Kabel Usb ke peranti anda dan seterusnya ke pc.

Tekan ROOT di Unlock Root

Reboot/Restart dan periksa samada icon Superuser ada terpapar di menu aplikasi anda atau tidak.

Jika ya, tahniah, peranti Ninetology Palette anda telah berjaya mendapat akses Root.

*jika berlaku kejadian yg tidak diingini semasa proses root (stuck kat adb shell), force close Unlock Root di pc...cuba disable account & sync di palette anda :)


Tutorial asal ditulis oleh Fyrus Pyro dari Group Ninetology User Malaysia di Facebook.

Anda pengguna peranti Ninetology? Dapatkan suapan berita/info tentang peranti Ninetology di Group ini.


UBERIZER-TOOL HEBAT DENGAN PELBAGAI FUNGSI UNTUK TABLET CHINA

Khamis, 9 Mei 2013



Menerokai alam maya adalah perkara yang menarik. Banyak perkara boleh kita temui dan pelajari. Baru-baru ini kami di Soal Jawab Android Malaysia telah menemui satu Tool hebat dengan pelbagai fungsi untuk kebanyakan tablet China. Tool yang diberi nama UBERIZER ini adalah hasil kerja Hardcore Hacker dari Techknowforum.net.

Uberizer ini pada asasnya menggunakan ADB[android debug bridge] untuk mengawalnya. Berbanding menggunakan ADB yg asli[diset menggunakan Android SDK], Tool ini lebih mudah dikendalikan serta diset kerana saiznya yang kecil dan tanpa perlu menggunakan sebarang Command Line untuk berfungsi.

Antara fungsi yang terdapat di dalam Tool ini adalah:

  • Berkeupayaan untuk membuat Backup 
  • Root peranti-backup root-restore root[dari versi 1.6 Donut hingga versi terkini]
  • Edit/backup/restore built.prop
  • Unpack/pack/dump/restore A1x Firmware
  • Memasang aplikasi ke tablet
  • Yang paling penting, Tools ini juga berkeupayaan untuk Memadam/backup/restore user pattern lock melalui setting.db [admin dan cuba dan berjaya]
  • Serta banyak lagi fungsi lain[kena cuba sendiri baru tau]

Muat turun Tool ini disini [anda perlu mendaftar di forum tersebut untuk memuat turun tool ini] 

[Tutorial] Root Samsung Galaxy Beam i8530

Khamis, 20 Disember 2012

Seperti biasa, Rooting adalah perkara pertama yang perlu kita buat sebelum kita custom telefon secara lebih kaww.. Jadi, bagi pengguna Samsung Galaxy Beam, tengok tutorial Rooting kat bawah ok. Sebelum itu, baca terma dibawah.

"Rooting secara langsung akan membatalkan waranti yang telah di berikan oleh pihak pengeluar telefon anda. Risiko menggunakan tutorial ini adalah tanggungan sendiri. Pastikan anda faham sebelum mengambil tindakan. Pilihan di tangan anda"

Langkah 1: Muat turun fail-fail di bawah.
Kernel
Odin
Driver

Langkah 2:
-Unzip Odin-1.85.zip
-Install driver yang anda muat turun sebentar tadi.

Langkah 3:
-Run Odin
-Masukkan Rooted kernel .tar fail ke pda.
-Matikan telefon dan boot ke Mod Muatturun[download mode] dengan menekan home, volume-, dan power button serentak.
-Setelah masuk ke Mod Muatturun, sambungkan kabel USB ke telefon anda seterusnya ke pc anda.
-Anda sepatutnya akan nampak totak com di bahagian atas kiri odin berwarna kuning.
-Tekan START
-Setelah perkataan PASS muncul di Odin, cabut kabel dan sekarang telefon anda telah diroot.








Download the 3 files above
extract odin-1.85.zip
install the drivers
click on pda and select the rooted kernel tar
put your phone into download mode
Download mode is power + volume down + homeonce you are in download mode connect via usb
you should see a yellow com pop up in the far left box
click start


[Tutorial] Root Samsung Galaxy Tab 2 7.0

Selasa, 27 November 2012



Ini adalah tutorial bagaimana nak Root Samsung Galaxy Tab 2 7.0 P3100 dengan menggunakan Odin Multi Downloader. Tutorial ini adalah untuk peranti Samsung Galaxy Tab 2 7.0 P3100 dengan versi Android 4.0.4 Ice Cream Sandwich sahaja.

Apa yang anda perlu muat turun adalah:

-Clock Work Mod recovery.
-Cwm-root-gtab2.zip untuk root Samsung Galaxy Tab 2 7.0 P3100 anda. Selepas muat turun, letakkan  cwm-root-gtab2.zip di kad sd anda[memori luaran]. Tak perlu letak di mana-mana folder.
-Fix-Recovery.zip dan letakkan di memori luaran.

[Tutorial] Root Samsung Galaxy S2 i9100

Isnin, 19 November 2012



Kat sini aku nak tunjukkan cara untuk Root Samsung Galaxy S2. Cara Yang sangat mudah. Tak perlu gunakan komputer langsung. Ini adalah tutorial untuk Ice Cream Sandwich ja ok.


Langkah 1: Muat turun fail yang korang perlukan untuk Root disini dan disini. Korang muat turun cwm.zip dan SU-Busybox-Installer.zip fail. Pastikan ada kad sd dipasang pada Galaxy S2 korang k.

Langkah 2: Letakkan fail yang korang muat turun tadi ke memori luaran telefon korang. Letak luar ja. Tak perlu letak di mana-mana folder ok.

Langkah 3: Matikan telefon korang dan masuk ke recovery mode. [tekan butang vol+,home dan power]

Langkah 4: Gunakan button vol untuk naik dan turun. Pilih apply update from external storage. Pilih CWM.zip dan tunggu sehingga CWM recovery muncul. [lepas ni korang guna touch ja sebab ni touch recovery]

[Tutorial] Root Samsung Galaxy Note N7000

Kat sini aku nak tunjukkan cara untuk Root Samsung Galaxy Note. Cara Yang sangat mudah. Tak perlu gunakan komputer langsung. Ini adalah tutorial untuk Ice Cream Sandwich dan Jelly Bean ja ok.

Langkah 1: Muat turun fail yang korang perlukan untuk Root disini. Korang muat turun cwm.zip dan SU-Busybox-Installer.zip fail. Pastikan ada kad sd dipasang pada Galaxy Note korang k.

Langkah 2: Letakkan fail yang korang muat turun tadi ke memori luaran telefon korang. Letak luar ja. Tak perlu letak di mana-mana folder ok.

Langkah 3: Matikan telefon korang dan masuk ke recovery mode. [tekan butang vol+,home dan power]

Langkah 4: Gunakan button vol untuk naik dan turun. Pilih apply update from external storage. Pilih CWM.zip dan tunggu sehingga CWM recovery muncul. [lepas ni korang guna touch ja sebab ni touch recovery]

Langkah 5: Pilih install zip from external sd dan pilih SU-Busybox-Installer.zip

Reboot dan siap.. Tadaaa.. Note korang dah Root.



EASY ROOT TUTORIAL -SUPERONECLICK [WORKS ON MOST ANDROID PHONE]

Ahad, 18 November 2012

Kalau korang pening atau x tau camne nak root mgikut tutorial yg ditunjukkan.. korang boleh try Superoneclick ni.. Root dengan hanya klik 1 sahaja! Terlebih dahulu korang perlu Tick on USB debugging. application > development > USB debugging.  

Download superoneclick v.2.3.3  dan extract ke C partition kat pc korang.

Connect usb kat fon korang. jangan off phone!!!!

Run superoneclick.exe

Kat menu yang kuar tu. klik  ROOT

dan jangan lupa install busybox sekali.

[Tutorial] Cara Root Samsung Galaxy S Plus I9001

Khamis, 8 November 2012

Atas permintaan seorang sahabat yang mahukan tutorial tentang Samsung Galaxy S Plus kesayangan beliau, kat sini aku nak tunjuk cara Root untuk telefon tersebut. Bagi yang belum tau apa itu Root, kelebihan dan kekurangannya, boleh lihat di Sini.

Macam biasa, Root akan membatalkan waranti yang Samsung bagi untuk korang. Jadi pastikan korang fikir semasaknya sebelum Root. Segala akibat dari penyalahgunaan tutorial ini adalah tanggungjawab sendiri. Tapi jangan risau sebab korang boleh flash original firmware semula untuk buat waranti.

Mula-mula korang perlu muat turun fail ini dulu.

Lepas muat turun, letakkan fail yang korang muat turun tu ke internal memory korang. Letak luar ja, tak perlu letak dalam mana-mana folder.

Tutorial Root Samsung Galaxy Note 2. (Jelly Bean Firmware)

Khamis, 11 Oktober 2012


Samsung Galaxy Note 2 adalah telefon pintar terbaru daripada pengeluar telefon pintar ternama dunia iaitu Samsung. Ok kat sini aku nak buat tutorial cara nak root telefon ni. Sebarang pertanyaan boleh tulis kat ruang komen ok.

Cara yang aku nak tunjuk ni adalah menggunakan cara Odin Multi Downloader. So laptop or pc korang mestilah dah ada install usb driver yang betul untuk membolehkan telefon pintar anda berkomunikasi dengan laptop or pc korang. Kalau belum install boleh download installer kat sini.

Lepas selesai download dan install usb driver tu, korang kena buka usb debugging mode kat Galaxy Note 2 korang. Go to setting>developer options> lepas tu tick dekat USB debugging options.

Battery telefon korang pulak mestilah dah charge sekurang2nya 85%. Ini untuk mengelakkan battery dead masa tengah flashing nanti.

Disarankan korang buatlah backup dulu apa yang patut. Takut nanti maklumat yang penting hilang pulak.

Sebelum teruskan ke langkah selanjutnya, korang boleh recycle kertas waranty korang sebab lepas root memang dah xda waranty.. Aku jugak xakan bertanggungjawab kalau telefon korang meletup atau xboleh on atau apa2 lah lepas guna tutorial ni.. Gunakan tutorial ini dengan risiko sendiri. Pastikan korang faham sebelum root ok!

Langkah 1:Download Android 4.1.1 CWM pakej bersama root pakej. untuk Galaxy Note N7100 korang.

Langkah 2:Download Odin v1.85 untuk digunakan dalam proses flashing nanti.




Langkah 3: Matikan telefon dan boot ke Downloading Mod. Untuk masuk ke Mod Downloading, tekan dan tahan Volume Down, butang Home dan butang On/Off bersama-sama, sehingga Samsung logo atau teks merah dan kuning keluar dekat skrin.

Langkah 4: Buka Odin pada komputer korang dan sambung telefon korang ke komputer dalam Download Mod.

Langkah 5: Jika telefon korang berjaya sambung dengan Odin, salah satu ID: COM kotak akan berwarna kuning dengan nombor port COM yang sama. Proses ini memakan masa dan tidak perlu diganggu.

Langkah 7: Pilih fail untuk dipasang pada telefon korang. Klik butang PDA dan pilih fail "cwm6 root-note2.tar".

Langkah 8: Pada Odin, tandakan  Auto Reboot dan F Reset Time options.

Langkah 9: Klik butang Start di Odin. Proses rooting pun akan bermula, yang akan mengambil masa beberapa minit untuk disiapkan.

Langkah 10: Selepas selesai rooting, telefon korang akan restart. Disconnect telefon korang dan siapp!.

Ok sekarang korang check tengok ada tak logo Superuser kat Note 2 korang.. Happy rooting..
 
Copyright 2012-2013 Soal Jawab Android Malaysia